Portalsuararakyat.com – PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa masyarakat India untuk berani melawan penyelewengan yang melibatkan dana awam.
Anwar dalam kenyataannya berkata bahawa PH akan terus membangkitkan isu mengenai pendidikan, ekonomi dan kemasyarakatan mendapat pembelaan terutamanya kaum India di Malaysia.
“Soal penyelewengan melibatkan jutaan ringgit dana-dana penting buat komuniti India perlu saya perkatakan kerana isu ini tidak dipandang serius oleh pemerintah.
“Saya juga ambil maklum isu kad pengenalan merah kerana ia bukan hal yang baru dan sudah dibangkitkan sejak puluhan tahun lama,” luah Anwar menerusi Facebook pada Ahad.
Terdahulu, majlis Sepetang Bersama Masyarakat India itu berlangsung di IDCC Mall Shah Alam pada Sabtu, turut dihadiri Timbalan Ketua Penerangan PKR, Dr Ramanan Ramakrishnan dan pimpinan tinggi NGO India.